hyorin sudah menjadi kebiasaannya akan menaiki kereta jenama mercedes mewah berwarna hitam yang dibawa oleh pemandunya ke sekolah.lagipun jarak sekolah dengan rumahnya agak jauh kerana hyorin tidak meminati untuk memasuki Sekolah Gahwa yang hanya satu kilometer daripada rumahnya.walaupun ramai rakan daripada anak syarikat woolim disana.hyorin sentiasa beranggapan bahawa Sekolah Gahwa banyak membawa kenangan buruk kepadanya kerana banyak peristiwa yang amat dia tidak suka di sana,seperti mereka sering menukar jenama barangan pada setiap minggu menyebabkan hyorin hilang fokus untuk belajar.Namun,walaupun hyorin tidak lagi bersekolah di Gahwa namun dia masih mempunyai sikap seperti itu ,sentiasa menukar barangan yang berjenama.Eternal sentiasa memandang positif sikap hyorin adalah seperti seorang yang unik menjadikan hyorin senang dengan sikap rakan rakannya
''ahjusshi!hari ni boleh tak ikut area dekat rumah hanna??''hyorin mencuit bahu pemandunya dari belakang
''tapi jalan tu kan lebih jauh..''jawab pemandunya yang berusia dalam lingkungan 50 an.hyorin sudah menganggap pemandunya seperti bapanya sendiri yang masih setia menjadi pemandunya sejak hyorin berusia 8 tahun.
''alah..rin ada cerita yang rin nak cerita sangat dekat hanna ni..bolehlah bolehlah..''hyorin memujuk pemandunya dengan nada manja.tangan hyorin asyik menolak nolak bahu pemandunya yang membuatkan pemandunya rimas dan terpaksa juga mengikuti arahan hyorin.
''baiklah,kamu ni..,tapi pastikan kamu jangan beritahu ayah kamu .''pemandunya menegas kepada hyorin
''yes sir!terima kasih ahjushi..''sambil meletakkan tangan kanannya di dahi
ketika hyorin dalam perjalanan ke rumah hanna tiba tiba dia terserempak dengan hoya yang sedang berjalan kaki dari simpang berhampiran dengan rumah hanna
.........................................
.........................................
Meja makan bulat milik keluarga encik dongwook penuh dekat makanan yang menyelerakan ,kek pelangi,roti crescent,dan air teh limau panas.kesemuanya adalah hasil buatan puan hanni.puan hanni adalah seorang yang amat berkemahiran dalam segala tugas seorang ibu.tidak heranlah puan hanni sentiasa menerima anugerah ibu mithali di bandarnya itu.puan hanni juga sangat terkenal di kalangan pelajar woolim dan dikalangan ibu ibu.
''hanna!hanna!''hyorin menjerit memanggil hanna selepas membunyikan loceng rumahnya
''hanna!siapa yang datang tu?cuba kamu tengok.''puan hanni menyuruh hanna mengintai di luar tingkap untuk mengetahui siapa yang memanggilnya.
hanna mengintai kelihatan hyorin sedang melompat sambil melambai tangan apabila ternampak hanna yang sedang mengintai.
''ringring!''
tiba tiba hanna telefon hanna berbunyi.
''ni,kakak. telefon.''sungjong menghulurkan telefon sambil mengunyah roti yang masih penuh di mulut dan tangan
'eh,hari ni saya nak ajak awak pergi sekolah dengan saya,naik kereta saya nih..cepat!'
''omma!hanna kena cepat,hyorin ajak pergi sekolah dengan dia sekali..hehe..''hanna mencapai beg,mengambil sekeping roti ,meneguk air dan terus mencium pipi maknya
''alah,kakak!habis tu sungjong?!''
''nah sungjong kakak kamu terlupa bawa bekal kamu bagi dekat kakak dekat sekolah''sungjong kelihatan kecewa
''hanna!!''hyorin melemparkan senyuman pada hanna
hanna memasuki kereta hyorin
''hyorin kenapa awak datang ke rumah saya pagi pagi ni?''
''hyorin teruja nak cerita sesuatu pada kamu hanna,terpaksalah pakcik ikut jalan jauh''pemandunya kelihatan mengeluh
''alah,pakcik nih bukan nya selalu rin buat macam ni.''
''tak,banyak sangat saya nak cerita dekat awak nih,saya dah cerita dekat E dan min..and..awak last..''
''kenapa saya last?''hanna menunjuk reaksi merajuk
''ish merajuk pula.semalam awak off telefon kenapa?!''tiba tiba kepala hyorin terangkat dan merenung jauh ke arah muka hanna.
hanna kelihatan gelisah dan merenung panjang
''emm...semalam.semaalamm..''
''apa semalam?''
''saya tidur awallah..''
''yelah..awak sorang je sibuk.''
''alah..cerita jelah dekat saya.''hanna memujuk hyorin ,memegang kedua tangan hyorin yang sedang mengenggam
''kelmarin hari tu,saya pergi ke majlis syarikat ayah saya sempena sambutan syarikat woolim ke 20,dan awak tahu tak dia jemput siapa..''hyorin kelihatan teruja untuk mengharapkan tekaan yang betul daripada hanna
'
''emm,,siapa ye''hanna kelihatan teragak agak
''jyp dan rain!!''
''woah..bestnya!''hanna tergaman
''of courselah best..saya sempat berselca dengan rain oppa.''hyorin menghulurkan telefonnya yang mepunyai gambarnya bersama rain
''alah..awak ni tak ajak saya..''
''hehe,bukannya saya tak nak ajak tapi tu majlis syarikat bukan boleh jemput orang sebarangan..lagipun dia dah cukupkan kerusi dan makanan..mianhae..''hyorin memujuk hanna
''oh ye,.tadi masa saya ada deka simpang masuk rumah awak saya nampak howon tengah berjalan ke sekolah.awak pernah ke terserempak dengan howon?''hyorin bertanya kepada hanna
''tak pernah''hanna kelihatan teragak gak untuk menjawab
''oh yeke,'',''howon kan tadi dia nampak handsome sangat berjalan sambil meletakkan tangan dekat poket dan mendengar lagu,saya nampak earphone di lehernya..agaknya howon mendengar lagu apa ya tadi''hyorin teruja
''kenapa awak teruja sangat ni hyorin..awak minat dekat dia ke?''
''ye ,tiba tiba saya terjatuh hati padanya.tapi kan awak kan secocok dengan howon,lagipun awak kan tak pernah ada kawan lelaki hanna!awak tak berminat ke nak kawan dengan dia??''
''tak naklah.saya tak berminat lagipun dia macam rapat dengan group fixed star..''
..................................................
di sekolah apabila hanna memasuki kelasnya ramai yang tersengih melihat hanna.hanna dan hyorin kehairanan.mereka saling melihat antara satu sama lain.tiba tiba shin dan chul keluar ke hadapan kelas 2D..
''hai..saya chul dan ini pasangan saya shin..kami ada berita terkiiinii..''
''jeng jeng jeng..''tiba tiba shin mengeluarkan handphonenya
''hanna dan keluarganya keluar dinner semalam dan maknya sangat suka dengan anak lelaki sulungnya itu..''
''paling menariknya ayat terakhir maknya itu ialah...shin awak pula terangkan.''
''saya rasa anak saya tu ,memang sesuai dengan dia dan saya harap mereka boleh bersama..''shin menunjukkan reaksi menjungkelkan kepada hanna
hanna kelihatan sangat malu dan kehairanan.semua pelajar di kelas 2D tersenyum dan bergelak besar.sudah menjadi kebiasaan puan jiyeon sentiasa menulis di blognya dan puan hyorin adalah salah seorang blogger yang terkenal di incheon dan lebih lebih lagi kepada warga sekolah miyabigaoka kerana hanna adalah salah seorang murid yang terkenal di sekolah
''hei pondan!''hanna tiba tiba bangun dan menjerit kepada shin dan chul
''rilek,rilek hanna saya rasa benda ni adalah sesuatu yang biasa sahaja.''raie memujuk hanna ,hyorin dan min juga mendekati hanna agar hanna tidak melakukan aksi yang di luar jangkaan seperti melakukan gerakan taekwondo.
''shin !chul!dahlah,hal ini saya akan laporkan kepada puan jiyeon nanti!''raie sebagai pengawas tiba tiba mengambil peranan .shin dan chul juga kelihatan gelisah apabila min juga adalah kawan rapat kepada hanna
tiba tiba puan jiyeon memasuki kelas dan memarahi shin dan chul,mereka dikenakan tindakan disiplin dan dipanggil oleh cikgu kaunseling
.....................................................
.....................................................
di waktu rehat,se[perti biasa hanna dan kawan kawannya akan berehat di tempat rahsia yang biasa mereka rehat
''hanna ,awak sabar ye pasal kejadian dekat kelas tadi,saya rasa benda tu akan menjejaskan prestasi pelajaran awak saje kalau awak terus memikirkannya.''min menasihati hanna
''ye,saya setuju,benda ni adalah biasa terjadi kepada mak mak di luar sana yang sangat prihatin akan anaknya,lebih lebih lagi awak ni yang tak pernah sukakan budak lelaki''hyorin menyambung
seperti biasa ahli fixed star akan berehat di studio latihan muzik .
''sungyu!saya rasa awak patut baiki vokal awak pada lagu dorawa!''woohyun mengarah sungyu
''ya!woohyun sekarang ni awak rasa siapa awak nak mengarah saya macam tu!''sungyu yang sedang memainkan gitar kelihatan marah dengan woohyun
''baiklah,''woohyun mengalah
''howon!saya rasa awak patut ambil alih masa waktu woohyun dalam lagu dorawa,''howon yang sedang melihat lirik terkejut dengan panggilan sungyu
''ya!ya!habis tu saya ni apa!tunggul,hari tu part saya dalam lagu be mine do you hear me..habis tu takkanlah lagu ni part saya tiada??!''sungyeol mencelah
''ya sungjong!''sungyu memanggil sungjong yang hanya melihat situasi mereka dari tadi
''part kamu terlalu banyak jadi saya nak pastikan kamu pilih satu part yang pendek kepada sunyeol''sungyu
''ya!part pendek?''sungyeol
''hehe,kamu terima sahaja lah arahan leader kita ni,lagipun kamu memang sesuai dengan part yang sikit.''woohyun memujuk sungyeol sambil menepuk belakangnya
''howon!kenapa pagi tadi saya langsung tak nampak awak,awak pergi kemana tadi,langsung tak masuk kelas?''woohyun menanya kepada howon
''owh,saya pergi ke tandas.''howon menjawab
''owhh..kamu tak suka dekat shin dan chul ke?''sungyu menyoalnya lagi
''ah?tak delah''howon kelihatan cuba untuk mengelakkan kekeliruan daripada fixed star bahawa dia cuba lari daripada hanna yang mungkin malu untuk berdepan dengannya