Friday, 13 March 2015

BAB 6 (NO MORE TEARS)

Hanna tidak dapat memberikan fokus didalam kelas .fikirannya asyik memikirkan malu terhadap howon.matanya tidak dapat dipenjamkan kerana fikirannya sangat jauh .dirinya seperti di awang awangan.memikirkan chul dan shindong menjadikan dia tidak lagi mahu berhubung dengan howon dan menjadi mentee kepadanya.

"Baiklah murid murid saya nak kamu semua melakukan pembentangan tentang tajuk yang saya ajarkan tadi.jadi bagi yang kurang memahami tajuk ni saya harap kamu berbincang dengan mentor kamu.Hanna,saya nak kamu yang pertama membuat perbentangan esok,saya nampak kamu macam dah sangat faham tadi"sangat jelas puan jiyeon nampak sangat hanna tidak langsung menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran

 Loceng berbunyi yang menandakan telah tamat,waktu pembelajaran .kelihatan semua pelajar sedia mengemaskan meja masing masing memasukkan buku buku yang terletak di atas meja ke dalam beg masing masing.hanna kelihatan masih termenung dan mukanya mula kelihatan kemerah merahan.

Air mata mula membasahi pipi,hanna tiba tiba menundukkan kepala dan meletakkan kedua dua lengan nya ke dahi sambil menunduk.raie,min,dan rin sangat memahami hanna yang tidak suka dikacau apabila dia sedang menangis.dalam satu jam hanna kelihatan masih begitu.kesemua rakan rakan nya sudah pulang,bukan bermaksud mereka tidak kisahkan hanna namun,mereka merasakan menangis adalah salah satu langkah untuk menjadikan kita terus kuat dalam menghadapi apa apa masalah.

Jam menunjukkan sudah pukul 4 petang.guru guru dan kesemua pelajar sekolah woolim sudah pun pulang.suasana menjadi sangat sunyi .hanya kedengaran bunyi kenderaan dan burung burung diluar sahaja.hanna bangun dari tidurnya,mengemaskan barang barangnya dan bersedia untuk pulang ke rumah.

Hanna melangkah keluar dari kelasnya.kelihatan seorang pelajar lelaki,earphone di telinga,tangannya memegang telefon iphone 5,sedang duduk dilantai.kakinya terlunjur menyebabkan hanna tidak sanggup untuk melangkah.namun hanna cuba untuk melangkah,tiba tiba dia tertendang tangan nya yang sedang memegang telefon bimbitnya.HOwon terbangun dari tidurnya,Hanna terhenti tidak dapat melangkahkan kakinya.howon menggeliat seketika.

" awak! Kita nak belajar dekat mana ni??howon bertanyakan kepada hanna dalam keadaan mamai.Hanna terkejut seketika melihat howon ,dia tidak menyangka bahawa masih ada pelajar yang belum pulang ke rumah lagi.

howon bangun dari bersandar dari dinding,dia terus memberikan hanna nota dan latihan yang dia lakukan ketika masih menunggu hanna di luar kelas.

''ni nota saya,saya bagi awak pinjam dulu.''nota pocket yang memang muat diletakkan ke dalam poket seluarnya.howon memang meminati subjek mengira sejak dari kecil lagi.jadi memang tidak hairan lah yang dia sentiasa berpeluang untuk menyertai kuiz matematik dan olimpiad pada setiap tahun.

hanna mengambil nota howon dan hanya menghulurkan tangan dan memandang ke bawah.melihat howon dia merasakan sangat malu tentang kejadian yang menimpanya pagi tadi .

disebabkan hanna balik lewat dari sekolah ,dia tidak bersemangat untuk menghandiri kelas taekwondo.hanna hanya memerlukan satu langkah lagi untuk mendapat tali pinggang merah bercalitkan emas.hanna memang seorang perempuan yang sangat aktif dan lasak dari dulu.kedua ibu bapanya sangat mendorong hanna dan sungjong untuk belajar ilmu memperthankan diri kerana bagi melatih anak mereka untuk berani dan berdisiplin.lebih lebih lagi,sewaktu kecil,mereka sering ditinggal oleh kedua ibu bapa kerana mereka sering menyertai khursus di luar negara dan negeri.jadi tidak hairanlah hanna dan sungjong memang seorang mudah berdikari.

hanna masih termenung jauh.hari ni,dia tidak melalui laluan yang biasa dilalui,dia mengambil jalan yang lebih jauh.hanna sering pergi ke sana kerana disitulah tempat dia menghilangkan tekanannya kerana permandangan padang yang luas dan tasik yang amat menenangkan.hanna juga risau memikirkan keluarganya,terutamanya emaknya.dia tidak mahu mempersalahkan emaknya kerana menceritakan di dalam laman blog.dia faham sifat emaknya yang suka menulis dikala perasaan yang sangat gembira dan ketika perasaan sedih menyelubungi dirinya.

ketika hanna termenung jauh di tasik ,tiba tiba tidak teringat genggaman tangannya.dia masih pegang buku nota kecil yang diberi howon tadi.dia membuka dan cuba memahami satu persatu.


No comments: